Sunday, 14 April 2013

SATU KETIKA KAU BERTANYA....

Sudikah kau menjadi Makmum disetiap solatku agar solatku lebih bermakna dan terjaga..menjadi Penjaga diri dan maruahku agar hidupku lebih tenang dan bahagia..

Sudikah kau menjadi Pendidik hati dan jiwaku agar rohaniku terisi hikmahNya dan akhlakku terjaga hendaknya..menjadi Pemerhati setiap gerak dan langkahku,peneman dikala suka dan dukaku agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku.


Sudikah kau menjadi Pembela diriku dan agamaku agar aku terus berada di atas jln yg benar ,Penggerak semangatku..agar bila aku kelesuan kau mampu memberi bantuan walau hanya sekadar senyuman..menjadi Sahabat dan penghiburku..mendengar luahan hatiku agar aku boleh berbicara apa sahaja denganmu tanpa rasa ragu...agar aku boleh ketawa riang..

...dan aku menjawab…

“Ya, Aku sudi..
Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI..

Tetapi,

Izinkan aku bertanya kepadamu..

Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU..?
Jika aku sudah tidak seperti dulu? Menjadi Penjaga, Pendidik, Pemerhati, Peneman, Pembela, Penggerak, Sahabat dan Penghiburmu.??

Jika suatu ketika nanti aku sudah tidak mampu lagi menjadi Makmum di setiap solatmu…

Jika aku sudah tidak mampu lagi..
♥ menjagamu,
♥ menemanimu
♥ memerhatikanmu,
♥ mendidikmu
♥ membelamu,
♥ menggerakkanmu
♥ menjadi sahabatmu dan
♥ menghiburkanmu

Sudikah kamu wahai …………………?
Aku percaya..kau masih sudi....

“Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI..”

Keluarga bahagia impian bersama ^_^

No comments:

Post a Comment