Sunday, 14 April 2013

SATU KETIKA KAU BERTANYA....

Sudikah kau menjadi Makmum disetiap solatku agar solatku lebih bermakna dan terjaga..menjadi Penjaga diri dan maruahku agar hidupku lebih tenang dan bahagia..

Sudikah kau menjadi Pendidik hati dan jiwaku agar rohaniku terisi hikmahNya dan akhlakku terjaga hendaknya..menjadi Pemerhati setiap gerak dan langkahku,peneman dikala suka dan dukaku agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku.


Sudikah kau menjadi Pembela diriku dan agamaku agar aku terus berada di atas jln yg benar ,Penggerak semangatku..agar bila aku kelesuan kau mampu memberi bantuan walau hanya sekadar senyuman..menjadi Sahabat dan penghiburku..mendengar luahan hatiku agar aku boleh berbicara apa sahaja denganmu tanpa rasa ragu...agar aku boleh ketawa riang..

...dan aku menjawab…

“Ya, Aku sudi..
Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI..

Tetapi,

Izinkan aku bertanya kepadamu..

Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU..?
Jika aku sudah tidak seperti dulu? Menjadi Penjaga, Pendidik, Pemerhati, Peneman, Pembela, Penggerak, Sahabat dan Penghiburmu.??

Jika suatu ketika nanti aku sudah tidak mampu lagi menjadi Makmum di setiap solatmu…

Jika aku sudah tidak mampu lagi..
♥ menjagamu,
♥ menemanimu
♥ memerhatikanmu,
♥ mendidikmu
♥ membelamu,
♥ menggerakkanmu
♥ menjadi sahabatmu dan
♥ menghiburkanmu

Sudikah kamu wahai …………………?
Aku percaya..kau masih sudi....

“Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI..”

Keluarga bahagia impian bersama ^_^

Saturday, 13 April 2013

Jadilah Pen Yang Berguna

Thanks for being my good quality of  'pen'
Apa definisi kawan? Kawan adalah orang yang paling dan sentiasa berada dengan kita tidak kira waktu saat senang atau susah. Tapi perlu diingat bahawa tidak semua mampu menjadi kawan yang baik kepada kita. Menurut tulisan Dr. HM Tuah Iskandar, kawan mungkin sekadar pen yang terletak kemas di dalam poket baju kita. Ada boleh, tidak ada pun boleh. Kadang-kadang pen sangat berguna, kadang tu langsung tidak guna terutamanya bila dah kehabisan dakwat. Paling teruk lagi pen yang dakwatnya keluar dan mengotorkan poket baju kita, ini lebih mengharukan. Maka itulah kawan, ada yang beguna dan ada yang menyusahkan.
Apa-apa pun berhati-hatilah dalam berkawan.
:)

 Che' Dada amat tertarik dengan sebuah lagu dari artis nasyid yang sangat 'familiar'. Jom layan.


Dunia Yang Sepi
by HIJJAZ

Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia memautnya

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan